Monday, May 19, 2014

CROSSWORD AND PUZZLE MAKER

Assalamualaikum...
Mencari idea untuk teknik bagi pelajar tidak mengantuk dan
beraktiviti di dalam kelas...
akhirnya terjumpa satu laman web yang boleh hasilkan crossword dan puzzle..
heavennn...hahahha...teringat masa praktikal,beria-ia menyiapkan crossword guna excel...
dah siap-siap nak print ternampak kesilapan.
Kepada rakan-rakan guru, anak murid boleh mencuba membuat sendiri crossword ni..
Boleh untuk buat PBS untuk band 1 dan 2 untuk pelajar golongan lemah.
Siapa berminat boleh ke ...

Saturday, May 17, 2014

PROGRAM I-THINK

SAINS ITU BEST


CHAPTER 1 TINGKATAN 3


























Salam sejahtera pelajar ,
susun kerusi dan meja awak
sampai dalam meja, atas lantai, bawa meja jika ada tolong buat..
ini lah rutin saya jika masuk ke kelas
hampir 5 minit sahaja untuk pengurusan kelas
tiada istilah jemu dalam menjalankan rutin ini sehingga lah mereka boleh melakukanya tanpa arahan saya.
moga anak-anak murid cikgu mendapat keberkatan-Nya.

Topik 1 sehingga 4 telah selesai ..
sebelum masuk dengan lebih lanjut chapter baru ni..
jom kita tengok nota visual bab 5 iaitu air dan larutan
kredit kepada blogger laman sains..



SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum dan selamat sejahtera
tanggal 16 mei sememangnya telah di istiyarkan sebagai hari guru se-Malaysia mungkin juga seantero dunia
saya setulus hati mengucapkan selamat hari guru kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang menjadi guru pertama
dalam hidup.
Guru-guru dari sekolah tadika sehingga peringkat sarjana tidak di lupakan.
jasa kalian tidak dapat di bayar dengan wang ringgit.
Ucapan dari hati untuk rakan-rakan seperjuangan dan diri sendiri.
Kepada isteri tersayang, selamat hari cikgu kerana bermula kehidupan kita untuk menjadi guru dan pendidik
kepada cinta hati kita .

Tahun ke-4 menyambut hari guru sebagai guru dalam perkhidmatan dan kali ke-5 menyambutnya daripada masa praktikal di SMK Tambun .
SMK Desa Cemerlang merupakan sekolah pertama dalam perkhidamtan sehingga 6 feb 2014.
kini..
Saya berpindah khidmat di SMK Labis yang lebih hampir dari kampung halaman.Bunyi seperti hampir tetapi mengambil masa hampir 1 jam 15 minit untuk sampai. 
Semoga ALLAH s.wt merahmati perjalanan ni dan kuatkan hati untuk seikhlasnya mengajar kerana-NYA.

p/s: langkah pertama daripada seribu langkah kepayahan.